View Thread
kkcafe.NET :: Sembang@kkcafe.NET :: Petua
 Print Thread
Petua: Ilmu memagar (pendinding) diri dan rumah
andy
#1 Print Post
Posted on 01-07-2009 12:52
User Avatar

SA


Posts: 4152
Joined: 07.09.07

Ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4)Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.

5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan allah).

Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.

Wallahualam...
Galeri Gambar Danial Zahwan
budakweb.com/sites/img/logox.png



twitstamp.com/kkcafe/standard.png
 
http://budakweb.com
eylve
#2 Print Post
Posted on 02-07-2009 08:10
User Avatar

Site Administrator


Posts: 2978
Joined: 03.10.07

mmmmmm
i149.photobucket.com/albums/s77/Digital_2007/6179.gif


www.gbmaster.de/smileys/Dragonbrothers/jcdragon-com.gif www.gbmaster.de/smileys/Dragonbrothers/jcdragon-hug.gif www.gbmaster.de/smileys/Dragonbrothers/jcdragon-kake.gif www.gbmaster.de/smileys/Dragonbrothers/jcdragon-mos.gif www.gbmaster.de/smileys/Dragonbrothers/jcdragon-pet.gif www.gbmaster.de/smileys/Dragonbrothers/jcdragon-poke.gif www.gbmaster.de/smileys/Dragonbrothers/jcdragon-spin.gif www.gbmaster.de/smileys/Dragonbrothers/jcdragon-trick.gif www.gbmaster.de/smileys/Dragonbrothers/jcdragon-pounce.gif
 
http://share.kkcafe.net/
langkahberapi
#3 Print Post
Posted on 05-07-2009 02:26
User Avatar

Junior


Posts: 120
Joined: 17.11.07

assalammualaikum .. andy petua yang amat berguna sekali .. ada pelbagai lagi teknik untuk pendinding diri , rumah , ahli keluarga , dan dll. semua teknik menggunakan beberapa surah alquran dan zikir..

jadi carilah ilmu kat alquran maka akan jumpa banyak rahsia yang kita tak ketahui walhal ia amat berguna bagi kita.. teknik nak pindahkan gangguan jin pun sama dengan kaedah diatas cuma memerlukan kekuatan qiam dan zikrullah serta bberapa surah alquran yang sebati dalam diri kita ..

kaedah yang sama juga digunakan untuk tarik or buang angin kat badan, bisa kepala dan sebagainya .. asalkan empunya diri perlu dahulu punya pagar utk berbuat demikian .. jika tak angin tu akan berpindah ketempat diri kita jika kita membantu orang sakit ..

petua diatas amat berguna apabia kita pergi bermusafir , meningalkan harta benda or anak2 kita kat emak mentua or mak sendiri .. cara yang sama juga digunakan ..

banyak lagi bro nak kongsi ilmu tapi perlahan2 .. insya allah

Wink

Mentalist
 
andy
#4 Print Post
Posted on 05-07-2009 02:39
User Avatar

SA


Posts: 4152
Joined: 07.09.07

langkahberapi wrote:
assalammualaikum .. andy petua yang amat berguna sekali .. ada pelbagai lagi teknik untuk pendinding diri , rumah , ahli keluarga , dan dll. semua teknik menggunakan beberapa surah alquran dan zikir..

jadi carilah ilmu kat alquran maka akan jumpa banyak rahsia yang kita tak ketahui walhal ia amat berguna bagi kita.. teknik nak pindahkan gangguan jin pun sama dengan kaedah diatas cuma memerlukan kekuatan qiam dan zikrullah serta bberapa surah alquran yang sebati dalam diri kita ..

kaedah yang sama juga digunakan untuk tarik or buang angin kat badan, bisa kepala dan sebagainya .. asalkan empunya diri perlu dahulu punya pagar utk berbuat demikian .. jika tak angin tu akan berpindah ketempat diri kita jika kita membantu orang sakit ..

petua diatas amat berguna apabia kita pergi bermusafir , meningalkan harta benda or anak2 kita kat emak mentua or mak sendiri .. cara yang sama juga digunakan ..

banyak lagi bro nak kongsi ilmu tapi perlahan2 .. insya allah

Wink


wah.. terima kasi.. ada masa bro kongsikan lah di sini Smile
Galeri Gambar Danial Zahwan
budakweb.com/sites/img/logox.png



twitstamp.com/kkcafe/standard.png
 
http://budakweb.com
Jump to Forum:
Share This Thread
URL
BBCode
HTML
Kalendar Islam

Valid XHTML 1.0Valid CSS 2.1
iluvislam
Shoutbox
You must login to post a message.

10/03/2010 12:33
penat......

09/03/2010 09:07
aq inda suka la penyakit ni.. susah betul nak sembuh nangis

09/03/2010 09:06
aq skarang ni tambah MALAS suda Grrrr..

07/03/2010 17:50
napa tu bro eylve?

07/03/2010 16:36
H*n**ng!! Grrrr..

06/03/2010 22:50
trimas suma..hiihhihi...

05/03/2010 21:14
waaa lama tia masuk ne web.. uda kagen jadinya.. wakakakka wakakakaka

05/03/2010 21:00
k1llerx dmana ah skg.. tempoh hari kami p cc.. durg ckp da pindah..

27/02/2010 17:21
Great

23/02/2010 17:28
mat pengantin baru lah chipmunk n lmao... bunga