LANGKAWI: Seorang wanita dan pasangannya dicekup dalam
keadaan berbogel oleh suaminya dalam sebuah bilik
tidur di rumah mereka kelmarin.
Wanita itu dikatakan mengambil kesempatan membawa
teman lelaki bukan Islam, penjual karpet berusia 25
tahun ketika suaminya tiada di rumah kerana bermalam
di rumah isteri pertamanya pada malam itu.
Dia yang bekerja sebagai pencuci bangunan dipercayai
baru mengenali teman lelakinya itu, dan mengambil
kesempatan membawa pasangannya pulang ke rumah sewaktu
giliran suaminya bermalam di rumah madunya.
Bagaimanapun, kegiatan wanita itu terbongkar apabila
suaminya berusia 44 tahun yang bekerja di sebuah kelab
golf tidak sedap hati dan mengesyaki sesuatu berlaku
di rumah isteri keduanya.
Suami terbabit kemudian nekad untuk singgah di rumah
terbabit ketika berada di masjid sementara menunggu
waktu untuk menunaikan solat Subuh di masjid.
Kegelisahan lelaki itu akhirnya membongkar kecurangan
isteri keduanya menyebabkan dia hilang sabar apabila
mengetahui perbuatan wanita itu lalu mencekup
isterinya sendiri yang disyaki berkhalwat dengan
lelaki lain.
Pasangan itu dicekup kira-kira jam 5 pagi ketika
masing-masing sedang nyenyak tidur.
Sumber Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) berkata,
lelaki itu mengesyaki sesuatu apabila terhidu asap
rokok dari bilik tidur lalu memeriksanya dengan
segera.
Menurutnya, lelaki itu yang tidak berpuas hati kerana
keadaan rumah yang gelap kemudian bertindak mengetuk
pintu terbabit berkali-kali tetapi tidak dibuka
sesiapa.
Katanya, beberapa minit kemudian, anak perempuannya
yang terjaga dari tidur kemudian membuka pintu untuk
membolehkan bapanya masuk ke dalam rumah berkenaan.
"Lelaki itu terus membuka pintu dan isterinya yang
berbogel sempat mencapai kain batik untuk menutup
tubuhnya.
"Wanita berkenaan yang terkejut apabila menyedari
kehadiran suaminya hanya mampu mendiamkan diri kerana
tidak menyangka perkara itu berlaku," katanya.
Menurutnya, lelaki itu kemudian menghubungi polis
untuk memaklumkan perkara terbabit sebelum isterinya
dan pasangan dibawa ke balai polis untuk dibuat
laporan tangkapan.
Selain itu, katanya, suami wanita itu turut
menghubungi ibu dan bapa mentuanya untuk memaklumkan
perkara terbabit serta meminta mereka menjamin wanita
berkenaan.
Anggota penguat kuasa Padal yang dimaklumkan mengenai
penahanan pasangan itu kemudian bergegas ke balai
polis untuk menahan mereka kali kedua sebelum membawa
wanita berkenaan ke pejabat agama untuk siasatan
lanjut.
"Bagaimanapun, teman lelaki wanita itu dibebaskan
kerana dia bukan Islam," katanya.
Wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 9(2) Enakmen
Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung
dengan lelaki bukan mahram sehingga mendatangkan syak
kepada orang ramai.
Galeri Gambar Danial Zahwan
ini bukan nda cukup makan....... ini sundal nama nya..... -_-" wanita yg beriman mana da mcam neh... ^^
-uji la seorang mukmin dengan berjihad!! maka terlihat la kemunafikan nya!!-
filter your mind , get the truth
intelligence is like underwear,evryone has it but you don't have to show it off....
never argue with idiots,they drag you down to their level then beat you with experience